About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Hari nie sabtu...hehehe..tengah relax2..basuh baju dah siap..tgu nak pi kenduri je tghari nie...umah cikgu Mat..aa,semalam raya korban..kami 3 beranak pi semayang raya di masjid Hijau depan stadium tue..seronok jugak walaupun sayu je hati bila dengar takbir raya...xpe tahun depan beraya kat Johor pulak!hehehe...
Semalam punya la penat..balik semayang tu lepas makan2 kami kemas rumah dulu!kot2 ada org nak dtg umah..then tengahari baru balik umah mak...petang tue konvoi pulak ngan fmly abg amir and adik amin ke umah abg amran..ada kenduri korban..lepak kt situ sampai lewat petang..makan xhenti2 and at last sampai sengkak perut...hehehe
konpius kan kenapa aku xamik gambar??aa...laki aku lupa nak bwk kamera!! xpelaa...tahun depan pulak..
cakap pasal hari raya nie kan...mesti terbayang2 sup daging..perut bakar..sedap2 belaka!tapi aku berjaya mengawal diri semalam...risaukan kolesterol yg sedia ada tinggi! hahahaha...
walauapa pun raya tahun nie seronok sgt..dapat kumpul adik beradik...adik amin n sue pun da dapat tukar ke semenanjung..alhamdulilah

Tuesday, November 17, 2009

Perlis Hujan lagiii...

Hari ni badan rasa xberapa sihat..yela sebabnya hujan lagi kat perlis nie..dari sekolah tadi aku sibuk cari bahan untuk tusyen bulan disember nie..letih jugak...kemas2 meja yang bersepah..suusn fail..hehe...xtaula sampai bila bleh kemas tue..kononnya nak sambung pulak cari bahan tusyen kt umah..tapi hampeh! xlarat dah..
eh sebenarnya tusyen tu xconfirm lagi..tgu la pulak Adri tu tpon..Bahan tu ada dah cuma nak susun bagi kemas ikut topik..sedia semua senang tahun depan ada baby kecik dah..kot xsempat nak prepare bahan2 tue..sayang pulak nak quit tusyen tue..
waktu aku menulis nie..hubby tgh tension siapkan assigment!! suspen kannnn...mcm hubby sambng blaja pulak!!hehehe...assigment tu sebenarnya jiran aku, kak ros yg punya...tajuk sains...aku awal2 da tolak..banyak keja aku...
eh maghrib dah...nanti bila2 free..aku sambung pulak..

Saturday, November 14, 2009

Ammar dah pandai menulis...

Hehehehe...ammar,arini ibu seronok sangat...sebab ammar dah pandai menulis dengan baik...huruf C!! aaa...kalau tidak asik terbalik je...jadinya bila da pandai tulis huruf c tu...bleh jadi huruf a..d..q...dan g..(nanti bila ammar da pandai membaca...ammar mesti seronok baca apa yg ibu tulis nie..)
Sebenarnya lama gak dok train dia menulis nie...guna buku PASTI BESTARI..alhamdulilah akhirnya berhasil..tahun depan ibu nak anto ammar pi sekolah...moga ammar dapat belajar dengan baik...

Friday, November 13, 2009

Ammar demam la pulak

Lama sangat nk catit apa dlm blog nie...since raya tempohari...petang nie waktu aku menulis nie,hujan turun lebat sangat kt Perlis...dah dekat 2 minggu dh hujan turun...sini panggil musim barat.. Aaaa...disebabkan hujan nie la mungkin ammar demam...smpai arini demam lagi...ditambah alahan dia yg teruk..acctualy da jumpa doc menon isnin lepas...tp xlega...so semalam kami bw dia pi jumpa doc pakar kt Putra Medical Centre (PMC)..alhamdulilah..xde apa2,just flu fever..ibu doa ammar cepat sembuh ye..

Tuesday, September 8, 2009

Kehamilan minggu ke-10

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak
Petang tadi aku ada appoinment dengan Dr. Hari Ram..kul 2..kehamilan aku dah masuk minggu ke 10..scan tadi memang nampak pergerakkannya...alhamdulilah,moga selamat semuanya..mcm biasala sampai hari ni aku xde rasa muntah2 pun..relax je..mula tu risau gak..tapi bila dah scan dan nampak baby..lega rasanya..

Wednesday, September 2, 2009

Langsir raya 2009

Lama dah kami dok umah kat kangar nie...dekat 2 tahun..tapi xbuat langsir pun...last2 bulan lepas aku pi WONDERFUL CURTAIN...pilih punya pilih...dapatla satu langsir nie...mulanya berkenan sangat...tapi bila dah pasang kat umah kami...rasa xberapa sangat...mungkin sebab bercorak sangat...xpelah...

Water Feature kami...2K!

Ini la water feature yang kami ubah...berat nak mampus!tapi bukan aku la yg buat...hehe...india yang baiki tangki septik umah kami...walaupun harganya mahal...kami amik jugak masa beli tue sebab hati sudah berkenan...

Projek cuti sekolah bulan ogos 2009

Hari ini hari kedua persekolahan selepas cuti panjang bulan 8 aritu..rasa malas nak pi sekolah...hehehe
Yang syoknya,waktu cuti tu..bulan puasa dan asik hujan jee...sampai ke hari aku menulis blog nie...matahari pun xnampak.
sempat jugak kami decorate laman kami ...ubah pokok ke dalam pasu besar..ubah ke tanah...beli stepping stone..yang paling xsangkanya kami ubah water feature kami...fuhhh...penat tahap gaban...:) tapi puashati...
Ada jugak dalam minggu tu kami jumpa pasu reject..cantik la bagi kami...kami borong sampai 3 biji...tanam akuatik plant...
Yang pastinya, cuti kami kali ini memang sangat bererti...

Kehamilan Minggu ke-9

Minggu ke-9 “ Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Wednesday, August 26, 2009

Tangki septik tersumbat

Hari ini dari pagi aku dan hubby mengemas water feature kami...ubah location..penat sangat...dahla pagi tadi bangun sahur jam 5.40!xmakan nasik pun...superime diet jee...tapi alhamdulilah..xrasa lapar sangat...
cerita bab mengemas nie..sampai jam doblas xabih lagi,mujur xberapa panas sangat hari ini..tanam pokok baru..rasa puas hati gak..hehehe..nanti aku upload gambar baru...xdan nak amik gambar...

Kehamilan Minggu ke-8

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi

Monday, August 24, 2009

Gulai Ikan Seludu

Hehehe...semalam masa berbuka puasa, aku masak gulai...tepon tanya mak mentua..xsangka sedap pulak!! rasa macam senang sangat masak gulai tue..ammar pulak suka sangat..aku rampai gulai tue dengan kacang bendi kegemaran ammar dengan tomato..nanti lepas nie bolehla aku masak selalu...hehehe. resepi tue jap lagi nak masuk dalam resepi

Friday, August 21, 2009

Fadilat sembahyang terawih

Alhamdulilah...Allah panjangkan usiaku untuk menjalani ibadah puasa tahun ini..2009..kiranya ini kali ke-6 aku berpuasa sebagai isteri..dan yang sangat menariknya, bulan puasa tahun ini ak u berpuasa dan juga hamil...seperti juga kedua2 keamilan aku pada tahun 2004 dan 2007..dan tahun ini 2009 aku hamil lagi,semoga anak didalam kandungan ku ini akan jadi anak yg soleh/solehah..
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini. Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur. Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar). Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur. Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud) Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur. Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat. Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Tuesday, August 18, 2009

Kehamilan minggu ke -7

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Monday, August 10, 2009

Kehamilan minggu ke -6

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Mengandung kali ke 3 nie, rasa perut cepat sangat besar! baju xmuat kena pakai baju yang baru2 jer..hehehe..tadi kak azie kata aku pregnant berseri2 anak lelaki dia kata...hasrat hati tu nak anak pompuan...tapi kalau lelaki pun xpe jugak...:D rasa lama x dapat baby, ammar pun dah 4 tahun!

Sunday, August 9, 2009

Pokok Sakat dan Tanduk Rusa

Arini cuti..kami satu fmly pi breakfast roti canai kat beseri,then pi kedai bunga kt kangar(dekat sekolah syed Hassan) mulanya nak beli pasu je nak replace pasu pokok keladi yang kecik,tapi apalagi bila da ada kt situ rambang mata!! kami beli pulak pokok sakat dan pokok tanduk rusa (memang kami aim dari dulu lagi)hehehe...akhirnya dapat dengan harga RM30!!hahaha...mahal pun amik jugak..pokok sakat tuerm 10 je..beli gak pokok Helocinia..(kalau xsilapla)...

Wednesday, August 5, 2009

Malam Nisfu Syaaban

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua
hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati,
manakala hati-hati orang lain mati

amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah 2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman 3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki." Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Ammar asik main games racing cars!!

Aaa...ammar nis sejak diperkenalkan games dulu masa awal tahun, masa tue kononnya aku nak ajar dia ABC...bila dah pandai semua tue...pandai dah explore sendiri cari games lain...terutamanya games car...pagi petang siang malam...sampai kena marah dengan ayah!! kalau dapat games baru, suruh ibu yang baca cmne nak main...amar...amar...

Monday, August 3, 2009

kehamilan minggu ke-5

Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Confirm aku pregnant!

Minggu ini dah mula minggu aktiviti kat maktab aku,so hari ini seperti yang tertera dalam jadual aku kena bagi ceramah KKB jam 2.30...tapi kak normah suh aku pi spital ptg nie jugak sebab Dr Hariram xde esok!
so,batalla ceramah aku tue...(seronok sebenarnya)hehehe....so pi la aku spital dengan k.azi sbb hari ini hubby aku yg anta pi maktab!
kat spital pi UPT,alhamdulillah POSITIVE!! aku hamil...Dr scan n nampak la ada embryo kt endometrium wall sblah kanan...:)..n due mungkin 6 april 2010.
Mengikut scanning,aku dah hamil 7minggu!tapi Dr kata tgu sebulan lagi baru buat scan lagi...next appoinment 9 Ogos..
moga semua mendoakan semuanya berjalan lancar dan aku selamat sampai bersalin tahun depan

Sunday, August 2, 2009

Di anugerahkan rezeki...

Cakap pasal batal tusyen, aku akan start tusyen personal next week!! alhamdulilah...rezeki Allah bagi kat aku...Tusyen tue hari Jumaat jam 3.00-5.00ptg..3 orang semuanya. Bayaran? hehe pastilah berbaloi...2 jam kena mengajar depa...kat umah aku laa.

Menanda kertas Pre-trial SPM 2009

Biasala bila mengajar di mrsm nie kalau x menanda kertas 3 kali per semester tidak sah! lebih tension bila kena subjek kritikal mcm aku nie...Biologi.,tapi xpe..bual slow2..dah 5 kelas aku tanda...ada 6 kelas lagi nak tanda, kali ini k.nat minta semua guru menanda semua kelas mengikut nombor yang diberikan...ikut jelaaaa..
Sepekara lagi, esok aku kena bagi ceramah KEMAHIRAN BERFIKIR.. nie tengah buat power-point la nie..
Lepas tue, mlm nie patutnya aku ada tusyen kat Zatusi...tapi aku cancel sebab rasa letihsangat...mungkin sebab aku pregnant.

Thursday, July 30, 2009

Akhirnya aku hamil...

Salam... Lama aku xmenulis dalam blog nie,bukan terlupa tapi sibuk dengan facebook!hehehe...sebenarnya nak hari ini adalah saat yang sangat gembira...setelah sekian lama menungguselepas keguguran tahun 2007, aku hamil...petang tadi buat preggy test...abg beli kat farmasi...:). Kami semua gembira sangat termasuk ammar!! seronok sangat dia Kalau ikutkan kiraan sendiri baru 4minggu 4hari...harapnya xde masalah lagi dengan kandungan kali ini...selasa depan baru nak pergi jumpa doktor... Moga kawan2 mendoakan kesejahteraan aku hamil sehingga selamat melahirkan...

Tuesday, March 3, 2009

Ammar anak yang bijak...:)

Hehe...rasa minggu nie walaupun penat,tapi seronok sangat...ammar sekarang nie dah pandai cuci sendiri bila dia pi tandas...aaa,bukan buang air kecil..tapi yang besar...hehe
Dalam minggu nie la dia pandai...actually aku train dia last week...and then minggu nie...bleh dah sendiri+flush...
Rasanya perkembangan dia sangat la baik...walaupun dia xmau pi sekolah...xpe,perlahan2!

Sunday, February 22, 2009

Minggu yang memenatkan!!

Minggu nie...16-22/2 Sebenarnya aku nak cerita pasal tusyen aku...tahun nie aku amik satu lagi kelas tusyen..kat bank persatuan... so, ada 2 kelas semuanya RABU MALAM KHAMIS di CEMERLANG PUSAT TUSYEN dan SaBTU MALAM AHAD di ATAS BANK PERSATUAN...aku ok je dok ajar tusyen nie...hubby aku pun bagi..bleh cover2 nak bayar vios!!hehehe Tapi yang memenatkan aku this weak, aku kena ganti kelas form 5 cikgu HAYAZI , 2 kelas dia...so JUMAAT mlm SABTU aritu aku pi tusyenla...then next coming AHAD mlm isnin pun kena ganti gak... So totalnya ada 4 kelas tusyen aku minggu nie...aaa,bukan minggu nie aja,termasuklah minggu hadapan!! Tapi xpe beb..penat sikit2 tu biasala...janji ada pulangannyer...hehehe

Let go of old grudges....make room in your heart for more positive forces in life

The old grudges you've been carrying around for so long -- aren't they getting to be heavy? It is more than okay to let go -- IT'S NECESSARY!!!!. Are you keeping this event or person in your emotional bank account in the hopes that some day you can cash it in for a sense of revenge? That is no reason to take up valuable space in your heart. Get rid of the bad energy or memories by turning toward the future, not looking back. MAKE ROOM IN YOUR HEART FOR NEW, POSITIVE FORCES.

Saturday, February 14, 2009

Jabatan Pelajaran Perlis

Haaa...cakap pasal JPN nie,aritu aku ada dah tulih bulan doblas aritu...my hubby dah buat keputusan dia menolak tawaran sebagai PENOLONG PENGARAH ICT & PENGKOMPUTERAN...dengar jawatan mcm best!tapi xnaik gaji pun...banyak benda yang xbest pulak kt jabatan tue,so abg pun x mau pi...seronok la kami semua!!horray

Abg dok gila baju jalur2!!

Aaaaa...ni warna pink!!auwww...hehehe di pagi hari muka abg nie mcm malas nak p keja jerrr
Baju jalur coklat
Baju jalur biru
Hehehe...sebenarnya my hubby dah lama xbeli baju keja...so start tahun nie...semua tukar!abg beli baju kemeja pendek sahaja! lepas tue...jalur2..hehe rasanya koleksi baju kameja tue banyak dah biru,pink,coklat,meroon,hijau...senangla jugak aku nak iron baju tue...hehehe
lepas tue dalam awal bulan aritu dok pi beli baju batik jenama JOHN MASTER..2 pasang...sebenarnya aku pun tumpang sama...beli baju batik dengan nik...rm490...hutang 3 kali bayar...hehehe warna hijau dengan biru.

Backdated January

Aku sebenarnya banyak sangat cerita pasal bulan january...tapi x tertulis2!! satu benda yang paling seronok ialah abg bagi hadiah handbag kat aku...sempena besday yang ke 30!!hehe...shopping sakan kat alor star...
Lepas tu..beli pam air panas..yelah nak bagi ammar mandi pagi2 sebab nak pergi sekolah PASTI BESTARI...rm400 gak tapi sekarang nie dia xmau pi sekolah dah...xtaula sebab apa...mungkin dia xseronok ke hapa...xpelah tahun depan nak bagi dia pi sekolah gak.
Dalam bulan nie gak kami dok shopping VCD player+microwave samsung+penyedut HUD semuanya RM1300...masih hutang dalam kad kredit!hehe..
Dalam masa yang sama gak aku dok membeli sandal crocodile.2 pasang aku beli..satu nak bawak pi MRSM satu lagi dok santai2...hehe

Ammar dah pandai kayuh basikal.

Semalam 13/2..petang sangat dah,kami melepak kat depan rumah...saje tengok view rumah..yela kami sekarang nie renovate rumah plus buat pagar rumah...semua kos aku kira RM13,150!! . Tengah melepak tu...my hubby do angkat pasir...ammar pulak kayuh basikal...aku pulak dok terjerit2 suruh ammar kayuh habis basikal tu...at last ammar boleh!! Seronok sangat rasanya...yelah...aku dok risau yg ammar tu xboleh2 kayuh basikal...usia dah 4 tahun ...ammar pun syok sangat. La ni,ammar tengah tido..dia kata petang nie nak kayuh basikal lagi...:)

Sunday, January 4, 2009

2009..Moga impian tercapai

Lama gak xwrite something kt sini..sedar x sedar dah 4 hari masuk tahun baru!kami masih bertiga lagi..banyak impian tahun lepas x kesampaian..terutamanya impian nak tambah bilangan ahli keluarga..:(
Moga ALLAH perkenan doa aku supaya menganugerahkan anak2 yang soleh dan solehah...AMIN..keadaan bertambah sedih bila ammar asik cakap babay dalam perut ibu xkeluar2 pun...dia sentiasa menunggu...nampak gaya nak sangat adik dia tu..insaALLAH ada rezeki tahun nie..kena berusaha lagi