About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Wednesday, August 26, 2009

Tangki septik tersumbat

Hari ini dari pagi aku dan hubby mengemas water feature kami...ubah location..penat sangat...dahla pagi tadi bangun sahur jam 5.40!xmakan nasik pun...superime diet jee...tapi alhamdulilah..xrasa lapar sangat...
cerita bab mengemas nie..sampai jam doblas xabih lagi,mujur xberapa panas sangat hari ini..tanam pokok baru..rasa puas hati gak..hehehe..nanti aku upload gambar baru...xdan nak amik gambar...

Kehamilan Minggu ke-8

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi

Monday, August 24, 2009

Gulai Ikan Seludu

Hehehe...semalam masa berbuka puasa, aku masak gulai...tepon tanya mak mentua..xsangka sedap pulak!! rasa macam senang sangat masak gulai tue..ammar pulak suka sangat..aku rampai gulai tue dengan kacang bendi kegemaran ammar dengan tomato..nanti lepas nie bolehla aku masak selalu...hehehe. resepi tue jap lagi nak masuk dalam resepi

Friday, August 21, 2009

Fadilat sembahyang terawih

Alhamdulilah...Allah panjangkan usiaku untuk menjalani ibadah puasa tahun ini..2009..kiranya ini kali ke-6 aku berpuasa sebagai isteri..dan yang sangat menariknya, bulan puasa tahun ini ak u berpuasa dan juga hamil...seperti juga kedua2 keamilan aku pada tahun 2004 dan 2007..dan tahun ini 2009 aku hamil lagi,semoga anak didalam kandungan ku ini akan jadi anak yg soleh/solehah..
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini. Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur. Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar). Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur. Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud) Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur. Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat. Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Tuesday, August 18, 2009

Kehamilan minggu ke -7

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Monday, August 10, 2009

Kehamilan minggu ke -6

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Mengandung kali ke 3 nie, rasa perut cepat sangat besar! baju xmuat kena pakai baju yang baru2 jer..hehehe..tadi kak azie kata aku pregnant berseri2 anak lelaki dia kata...hasrat hati tu nak anak pompuan...tapi kalau lelaki pun xpe jugak...:D rasa lama x dapat baby, ammar pun dah 4 tahun!

Sunday, August 9, 2009

Pokok Sakat dan Tanduk Rusa

Arini cuti..kami satu fmly pi breakfast roti canai kat beseri,then pi kedai bunga kt kangar(dekat sekolah syed Hassan) mulanya nak beli pasu je nak replace pasu pokok keladi yang kecik,tapi apalagi bila da ada kt situ rambang mata!! kami beli pulak pokok sakat dan pokok tanduk rusa (memang kami aim dari dulu lagi)hehehe...akhirnya dapat dengan harga RM30!!hahaha...mahal pun amik jugak..pokok sakat tuerm 10 je..beli gak pokok Helocinia..(kalau xsilapla)...

Wednesday, August 5, 2009

Malam Nisfu Syaaban

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua
hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati,
manakala hati-hati orang lain mati

amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah 2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman 3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki." Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Ammar asik main games racing cars!!

Aaa...ammar nis sejak diperkenalkan games dulu masa awal tahun, masa tue kononnya aku nak ajar dia ABC...bila dah pandai semua tue...pandai dah explore sendiri cari games lain...terutamanya games car...pagi petang siang malam...sampai kena marah dengan ayah!! kalau dapat games baru, suruh ibu yang baca cmne nak main...amar...amar...

Monday, August 3, 2009

kehamilan minggu ke-5

Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Confirm aku pregnant!

Minggu ini dah mula minggu aktiviti kat maktab aku,so hari ini seperti yang tertera dalam jadual aku kena bagi ceramah KKB jam 2.30...tapi kak normah suh aku pi spital ptg nie jugak sebab Dr Hariram xde esok!
so,batalla ceramah aku tue...(seronok sebenarnya)hehehe....so pi la aku spital dengan k.azi sbb hari ini hubby aku yg anta pi maktab!
kat spital pi UPT,alhamdulillah POSITIVE!! aku hamil...Dr scan n nampak la ada embryo kt endometrium wall sblah kanan...:)..n due mungkin 6 april 2010.
Mengikut scanning,aku dah hamil 7minggu!tapi Dr kata tgu sebulan lagi baru buat scan lagi...next appoinment 9 Ogos..
moga semua mendoakan semuanya berjalan lancar dan aku selamat sampai bersalin tahun depan

Sunday, August 2, 2009

Di anugerahkan rezeki...

Cakap pasal batal tusyen, aku akan start tusyen personal next week!! alhamdulilah...rezeki Allah bagi kat aku...Tusyen tue hari Jumaat jam 3.00-5.00ptg..3 orang semuanya. Bayaran? hehe pastilah berbaloi...2 jam kena mengajar depa...kat umah aku laa.

Menanda kertas Pre-trial SPM 2009

Biasala bila mengajar di mrsm nie kalau x menanda kertas 3 kali per semester tidak sah! lebih tension bila kena subjek kritikal mcm aku nie...Biologi.,tapi xpe..bual slow2..dah 5 kelas aku tanda...ada 6 kelas lagi nak tanda, kali ini k.nat minta semua guru menanda semua kelas mengikut nombor yang diberikan...ikut jelaaaa..
Sepekara lagi, esok aku kena bagi ceramah KEMAHIRAN BERFIKIR.. nie tengah buat power-point la nie..
Lepas tue, mlm nie patutnya aku ada tusyen kat Zatusi...tapi aku cancel sebab rasa letihsangat...mungkin sebab aku pregnant.