About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Tuesday, November 30, 2010

Raya 2007

Raya 2005

Heeeeeee...ini gambar raya masa tahun 2005..kat Perlis..ehem2..berdua jer ker??huhuhhu second time beraya sebgai loving couple...
lakiku mcm tu juga...muda belia..aku pulak..agak berisi...
Famly pic
Baju raya mak n ayah tu kami yg sponsor...:)
Tahun ni kami beraya di Tmn Kemajuan..
sebab bulan 3 tu umah mak perlis terbakar byk kenangan.. Masa ni au mpak beisi sebab baru je besalin ammar dlm 4 bulan lebih...
Pic adik iparku...Amin n isterinya Su

Bengkel Jaringan Internet Sekolah

salam pagi selasa
Hari ini hubby ku pepagi da kena pergi ke JPN perlis ada bengkel masa cuti skolah
emm....mcm biasa la..dialoq sedih ammar...
'ayah nk balik pukul berapaaaa?'
'ayah tido sana...'ayat dengki ayah...
"betul ke ibu??" muka da nak muka sedih...
HUHUHU....AMMAR ANAK AYAH
"xlaaa...ayah balik jarum pendek kt pukul 2"
'alaaaa...lambat la ayah,rindu la nanti..."
'xpe nanti kot bos ayah boleh bagi balik awal'
"ok"
PAGI-PAGI dah sedih...

Monday, November 29, 2010

Qiraati 1

Ini video ammar mengaji...ayah yang amik...time ne sebenarnya baru je lepas mengaji dgn ayah..waktu lepas mayang maghrib berjemaah..

syok sgt tgk abg ammar da bleh mengaji mcm tue...tapi yg xsyoknyer..abg ammar meniarap...lain kali kena duduk proper time mengaji yer abg ammarrrrr...;)

video

Ibu tgk abg ammar waktu cuti sekolah nie rajin sangat baca qiraati tue...dia kata nak bagi habih qiraati 1...nanti umur dia 6 tahun nak masuk qiraati 2 pulak katanya.

Punca Anak Derhaka

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua." USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Petua anak mendengar cakap org tua

Ini Petua yang hubby ku bagi...dia dapat daripada laman web.. [10:52:50 PM] romeoutara says: Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Wednesday, November 17, 2010 at 2:49am 1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat. 2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut. 3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis. 4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya". 5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Pokok sakat

View ni aku amik dari dalam rumah...kot tingkap..besar dah pokok sakat tue...mulanya dulu kmi letak pasu berisi ikan guppy then letak pokok tue...tapi bila da besar..hubbyku pindh masuk dlm pasu...ikan2 guppy tue masukkan dlm kolam water feature kami.. Aaaa...inila keadan pokok sakat tue dulu...masa tahun 2009. RM 10 je beli...kt kedai aunty..

projek tanam rumput

Taman Mini

Cuti-cuti sekolah nie baru ada masa nak update blog..
hehehe..ni nak cerita pasal taman mini kat tepi umah kami...kecik jer taman tu..blehla habuan
untuk berehat2.dan anak2 nak main basikal.
Berapa ek keluasan taman nie??emm...esok nak ukur. Semuanya kami buat sendiri sejak pindah ke rumah nie akhir 2007..so sekarang tahun 2010
2 tahun da usia taman nie..alhmdulilah..nampak cantik di mata kami..
Rumput tue kalau tgk mcm xnak hidup jerr..
Masa nie kalau ikut kan tarikh di gambar tue..tahun 2009.Baru nak tanam rumput karpet
Terima ksih kepada Cikgu Mat atas pemberian rumput tersebut
Dalam masa2 bulan nak menunjukkan perubahn yang positif..

Daging goreng minyak

Daging Goreng Minyak
Resepi ni senang jer..
Bahan-Bahan:
  • Daging
  • Kentang 2 biji potong mcm dlm gambar tue
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1cm
  • Bawang besar 1 labu
  • Asam jawa adabi

Cara-caranya:

  1. Blend semua bwg merah ,putih n halia (klau tumbuk munkin lagi sedap)
  2. Tumis sampai naik bau
  3. masukkan dging dan kentang serta bwg besar
  4. Masukkn air 2 gelas then tutup. Biar sampai empuk
  5. Garam n gula secukup rasa

Makan ala-ala kat restoran

Salam hari isnin...huhu.
harini cuti sekolah minggu ke-2..bru seminggu bercuti..ada 6 minggu lagi..:)
Cuti-cuti sekolah ni syok memasak..makan pun byk lerrr...hehehe
"terkejut ammar!!" hehehe...rrespond ammar masa ibu buka tudung saji "macam kat kdai la ibu.."
"tembikai kat gelas tu bleh mkn x ibu?"...'xleh buat hiasan jer dulu'...hehehe
'mewahnyer makan rini..byk..kejap jer ayg masak'laki pulak bersuara..
ibu hanya mampu tersenyum...
Daging korban..lama dok dalam frezzer...ok lagi..
masak goreng minyak..sedap sgt
eh..dging berkentang ke kentang berdaging??
Udang celup tepung Ammar suka makan nie.. Jadi rezeki kami..manis sgt udang nie.. Udang lagi.. Ibu bubuh tembikai kat tepi tu lagi sedap laaa...
Jus tembikai...
Testing..sedapppppppp
makan ulam..tu pucuk daun kari..
smbal belacan johor..aa limau kasturi tu pun dari taman kami

Thursday, November 25, 2010

Botol susu

tgkla dua beradik nie..minum susu dlm botol!! abg tue da 5 thun pun masih berbotol..hehe
susu Dumex..Dugro 3-6 thun utk ammar
Mamex Gold langkah satu utk aliff
cepat2,,sape cepat dia anak ibu..!! 'eh abg da habih ker??awat cepat sgt??' "hehehe....abg dulu habih!!" abg punya ladybird..

Monday, November 22, 2010

7 Bulan

Ni gambar masa preggy kat adik aliff 7 bulan..ibu da gemuk sengat ms nie 80 kilo!!da kena start minum air gula..huhu..ni nk p mana ek??lupa dah..
tgk tu..kembang habih muka ibu..hidung pon mcm badut jerr..
Nak posing lgi nie.. hehehe... eh ada lagi??huhu..xsanggup ku tgk saiz xxxl

Aliff tonyoo 7 bulan

Aliff di usia 7bulan..
Masa gambar ni diambil..aliff berusia 7 bulan 7 hari..since besday dia 3hb April..sekarang nie macam2 perangai dan tingkahlaku aliff
  1. Kalau masuk buai..menangis sangat2..walaupun masa tu da mengantuk sangat..xtau nape
  2. kuat makan!!hehehe...hari-hari ibu masak moi..habih..:)
  3. kalau tgk org makan mulut tue kecap2 je..nak mintak org suap.wpun da mkn
  4. mulut sangat bising.."pa..pa..pa..papa.." n "ba..ba..ba"
  5. masih lagi menjulur..tapi sangat laju!terutamanya kalau nak masuk dalam bilik air..

Konvokesyen Ammar

Ni cerita minggu lepas..hari Ahad..kam 4 beranak ke Madi, Jejawi..ada konvo ammar..da tamat belajar kat PASTI BESTARI TAMAN UTAmA INDAH..tapi konvo 5 tahun laa..hehehehe...tahun depan blajar lagi kat situ..:)
"Ibu..cikgu Sya kata kalau nak p madi tu kena awal2!pukul 8 pagi.."
Huhuhu...bersemangat je abg ammar tue..
Aaa...ini result peksa abg ammar..dapat no 7 untuk penggal akhir nie..ok la jugak..semua subjek dapat A..alhamdulilah..peksa penggal awal tu dapat no 8..
Kami semua p bagi sokongan utk majlis konvo ammar 'sayangggggggggggg abg ammar!'
3 sahabat baik kat Pasti kelas 5 tahun..Adam,Ammar n Arif
Ammar dengan cikgu Sya.cikgu kelas 5 tahun

Tasik Melati

Ini dia...:) org2 ksayangan ibu..masa nie tangkap gambar kat Tasik Melati..ammar seronok sangat..lama dia dok ajak p situ..aa tgk tue rambut pacak dia..ULTRAMAN COSMOS!! hehehe..si adik pulak sibuk main hapa tah..ayah control machooo...

Sunday, November 21, 2010

Nasi Lemak Special

Cuti hujung minggu nie..pagi2 lagi ibu da basuh dapur..berus habih minyak-minyak yg melekat kat lantai..masa nie ayah dok pegang aliff..ammar dok main games...n da nak habih tue baru ammar datang...
"ammar nak tolong!"
' aa...bleh gak..'
Ammar trus amik sapu tangan nak lap semua pintu kabinet
"kalau ammar tolong ibu..nanti ibu xpenat sangat kan?"
'hehehe...aa bagusla tolong ibu..nanti ibu masak kat ammar'
"ammar suka..sedap sgt ibu masak"
Heheh...dialoq ibu n anak kat dapur...sebenarnya aku da masak nasi lemak...tgu telor rebus masak jer...
aa..tgk rajin sangat abg ammar nie..bersih berkilat kabinet ibu kat dapur tue dia lap Ni nasi goreng special yang ibu masak utk ammar n ayah