About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Thursday, August 11, 2011

Resepi Udang Masak Lemak Nenas



Bahan-Bahan
10 ekor udang(sederhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas

5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
Sedikit kerisik
Sedikit gula

Cara Penyediaan
1.Bersihkan udang dan toskan.
2.Taburkan sedikit gula diatasnya.
3.Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat.
4.Masukkan santan ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan.
5.Angkat udangnya terlebih dahulu.
6.Masukkan nanas dan sedikit garam.
7.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik.
8.Angkat dan hidangkan.







Ini rupanya udang masak lemak + nenas aku...

Xikut pun resepi kt atas tu, biasala aku... Mengubah2 ikut keselesaan...:)

Resepi paling mudah!
1. Blend 3 biji bwg merah + udang kering
2. Tumis + serai yg dititik sehingga berbau wangi..:)
3. Masukkan santan, bila da mendidih masukkan nenas... Biar separa masak then masukkan udang!
4. Garam secukup rasa.

# Aku tak letak cili sebab nk bg aliff mkn sama.. Dia sgt suka mkn msk lemak kuning... Begitu juga ammar!

Location:Udang

No comments: