About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Wednesday, October 26, 2011

Serawa BIGUNG





Salam petang Depavali :)
Hari ini cuti, tapi tadi aku p MRSM kejap sebab tgk bebudak F3 berjual... Program MIGTY. lpas PMR

Ok.. Sebenarnya nk post ntry pasal serawa BIGUNG... hahaha, nama tu my hubby yg bg nama sempena ubi+jagung :) dapatla mkn pada petang yg damai nie... Alhamdulilah

Resepi serawa tu da tulis sebelum ni, kali ni just nk share resepi mcmana nk buat tepung yg warna putih susu kt dlm sudu tu... Mak johor yg bg resepi...

Tepung Serawa

1. Campur tepung gandum dan tepung jagong ( nisbah serba satu )
2. Bancuh likat dan tuang dlm air mendidih ikut suka bentuk ... ( rasanya dpt bentuk leper jerr...)
3. Separuh masak, angkat masuk dlm periuk serawa yg sedang dimasak

Resepi tepung ni berguna utk membanyakkan bahan dlm serawa tu... Mcm aku harini, sebab ubi keledek tu ada setengah je...jagung pun ada sebatang... Kecut pulak, Sikit sgt... So campur tepung ni byk... Mkn semua fmly dan bleh kenyang.... Alhamdulilah





Selera je aliff ni mkn... Masa ibu bw keluar serawa ni terus terkeluar perkataan WAAAAA... huhuhu dan terus terpa nk mkn... Bila mkn kata pulak DAPPPP ( sedap)

RASA PUAS HATI BILA ANAK MKN DGN SELERANYA WSLAUPUN TADI IBU RASA TAK LARAT NK BUAT SERAWA NI... tq utk my hubby yg tolong potong ubi n juga jagung :)


Abg ammar pun bleh mkn... Walaupun dlm keadaan demam campak


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 25, 2011

Brooch yg comel




Salam...
Comel tak brooch kt atas ni?? Huhuhu

Org lain da lama guna... Pakai kt tudung? Tapi aku baru nk beli ... Eh beli dah ni cuma tak pin lg kt tudung...

berbunga2 je hati ni sebab dapat brooch comei nie::: huhuhuhu...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 23, 2011

koleksi alam si kecil peringkat lancar

Siri Buku Alam Si Kecil ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat asas dan lancar. Setiap peringkat ini mengandungi sepuluh buku berkaitan dengan tema "Mengenal Ciptaan Allah" bagi peringkat asas dan tema "Diri Saya" bagi peringkat lancar. Ianya disusun dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris. Siri ini memperkenalkan perkataan yang sering digunakan oleh kanak-kanak dalam perbualan seharian di samping membantu memperluaskan kosa kata. Setiap buku bacaan dalam siri ini dilengkapi dengan senarai daftar perkataan serta ilustrasi berwarna dan menarik. Siri buku ini sesuai untuk kanak-kanak yang boleh memahami dan membaca ayat-ayat mudah dengan lancar.

PENDIDIKAN PASCA NATAL (Post-Natal) Peringkat Usia 1 hingga 2 tahun


Prakata : Kanak-kanak berusia 1-2 tahun banyak memerlukan penekanan terhadap penerapan pendidikan berbentuk kasih sayang, nasihat, tunjukajar, sentuhan dan belaian.

Kanak-kanak baru memulakan langkahnya yang pertama. Sikap berdikari (self-independence) mula ketara menyebabkan kanak-kanak akan bebas melakukan kegiatan tanpa arahan. Kanak-kanak yang cergas dan cerdas dikesan dari sifat ingin mencuba sesuatu di luar kemampuannya sehingga ada yang tidak menghiraukan keselamatannya.

Ibubapa perlu mengawasi setiap aktiviti kanak-kanak di peringkat ini dengan penuh bijaksana seperti membuka ruang ‘kebebasan beraktiviti’ tanpa unsur terlalu mengongkong. Contohnya; tidak terlalu membantu atau terlalu memanjakan mereka (over-protective) sekiranya mereka terjatuh/luka secara ‘ringan’.

Tingkah Laku – Kanak-kanak di tahap ini masih belum dapat dikawal. Mereka belum mempunyai sifat-sifat positif yang lengkap sehingga mereka mudah ‘mengamuk’ dan ‘menjerit’ (temperamental) Sesuatu perwatakan yang unik mengenai mereka ketika ini ialah menjadi ‘pengikut’ (follower) apa sahaja yang diarah malah mengulangi (echo) ayat/frasa/perkataan yang disebut oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu mengasuh anak mereka dengan kata-kata nasihat dan didikan yang lembut dan penuh kesabaran serta kesopanan (politeness) Ini boleh menyedarkan dan membentuk kanak-kanak dengan sempurna. Antaranya ialah dengan menyedarkan anak-anak mereka dengan konsep asas Islam iaitu perbuatan baik akan mendapat ganjaran dunia (jika perlu berikan upah yang sepadan seperti membeli makanan kegemarannya dll) dan akhirat dan perbuatan buruk sebaliknya.

Keyakinan - Ibu bapa perlu memupuk semangat berdikari dan menyemaikan kemahiran kerja. Kanak-kanak di usia ini biasanya rajin dan berani dalam setiap perlakuannya. Walaupun kanak-kanak ketika ini mungkin tidak mampu menuturkan bahasa dengan tepat malah kadangkala masih enggan bercakap (bukan tidak mampu) , namun keinginannya untuk berkomunikasi adalah tinggi walaupun dengan memek muka (facial expression) atau anggota lain pada tubuh badan (body language) sudah cukup untuk membayangkan perkembangan mentalitinya yang sihat.

Kerjasama - Ada di kalangan kanak-kanak IQ pintar ini yang sudah tertanam sifat membantu dan menolong. Sifat ini dikenalpasti menerusi; contohnya; mengemas tempat tidurnya sama ada menyimpan bantal atau cuba meregangkan cadar katilnya dengan bantuan ibunya atau cuba menyimpan sendiri pinggan mangkuk atau cawan/gelas yang digunakan.

Tanggungjawab- Kriteria ini mampu dikesan walaupun baru mencecah usia 2 tahun. Contohnya, beliau akan menerima dengan baik kedatangan ‘ahli baru’ dalam keluarganya. Beliau akan cuba menumpukan perhatian terhadap adiknya dengan menunjukkan sikap rajin dan bertanggungjawab termasuk ‘mengawasi keselamatan’ adiknya di atas katil.

Minat/Tumpuan Kerja- Ibu bapa digalakkan mewujudkan konsep ‘play school’ di peringkat ini.

Kanak-kanak IQ Pintar berusia 1-2 tahun belum mampu ‘menstorkan’ data / maklumat dalam tempoh jangkamasa yang panjang di dalam otaknya. Namun jika diuji pada satu-satu tempoh masa yang singkat selepas diberikan input (seperti menelaah atau ajaran langsung), mereka mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan tepat. Misalnya ia akan menghafal anggota badannya, menghafal susunan abjad / nombor (1-20), makanan dan minuman kegemaran (seperti nasi dan Milo). Perkara-perkara ini perlu dilatih semula dari masa ke semasa.

Minat dan daya ingatan mereka biasanya lebih tertumpu kepada aktiviti bebas (seperti bola mainan, membina lego dsb) dan kemahiran kerja (melukis, menulis, melihat gambar dsb.) Kanak-kanak di peringkat ini biasanya akan mampu menyelesaikan tugasannya dengan penuh kecerdasan dan kreatif walaupun secara berperingkat-peringkat atau tertangguh. Galakan dan bantuan asas ibu bapa perlu diberikan supaya kanak-kanak ini tidak mudah putus asa apabila menghadapi sebarang kesulitan semasa melaksanakan tugasannya.

Asuhan Agama - Saranan Allah SWT dan RasulNya ialah supaya kanak-kanak diasuh seawal-awalnya mengenal Allah SWT. Di sinilah ibubapa perlu menanamkan konsep bahawa segala-galanya adalah diciptakanNya dan akan kembali kepadaNya. Ini penting kerana kelak, beliau telah mendapat suatu asas yang sangat kuat dari segi Iman, Islam dan Ihsan sejak daripada kecil lagi.

Kanak-kanak di peringkat ini perlu didedahkan kepada solat dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an (belum lagi peringkat mengajarnya) Beliau akan suka mengikuti apa yang dibuat oleh ibu bapanya seperti gerakan-gerakan solat malah ‘menyuruh’ ibu bapanya solat dengan menunjukkan sejadah sebaik sahaja mendengar azan berkumandang.

Beliau juga boleh didedahkan dengan doa dan adab makan (sekurang-kurangnya mengajarkan ‘Bismillah…..dan ‘Alhamdulillah….), doa masuk tandas (sekurang-kurangnya ‘A’uudzubillah…) doa ketika masuk tidur dll.

Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak mereka dengan konsep asas Islam iaitu perbuatan baik akan mendapat ganjaran dunia dan akhirat dan perbuatan buruk sebaliknya.

Bahagian Ketiga
(Satu Kajian Kes Pengalaman Sebenar)
oleh TETTY HENNEY ZULKIFLI


Saturday, October 22, 2011

Pokok apa ni?





Haaaa... ini satu lagi hasil dekorasi my hubby!

Cantik kan?? hahaha...dulu kt sini ada pokok sakat, pokok tu da ubah sebab besar sangat...

Pokok sakat tu pindah kt water feature pulak...



- Posted using BlogPress from my iPhone

pelbagai virus menyerang





Salam hari Sabtu
mode: semua ahli keluarga en Amizal dalam keadaan xsihat...:( kami perlukan ini....

aliff : sakit n bengkak tekak
ayah : sakit badan n urat n kerongkong
ibu : ada rasa x sihat... bdn lenguh2 di samping cirit ( da mkn ubat ayah)
ammar : cirit

adik aliff tdo dlm buai dari jam 10 pg td... aku pulak da terlelap setengah jam td kt tepi buai..

bila aku bgun, giliran ayah n ammar nk terlelap... haaaa tgk depa ni... tdo kt sofa pun angkut bantal peluk dari dalam bilik! huhuhu...semua bantal tu ibu yg beli... (sebab ❤❤❤❤) kt kamu berdua...




xsihat la ni
tdo memeluk bantal
busuk masing2


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Utama Indah,Kangar,Malaysia

Wednesday, October 12, 2011

Apom lagi

Apom ni ada cerita ...
Cdang nk buat minum petang... Tapi rasanya jadi breskfast kami esok!!

Lpas lunch tadi kira2 jam 4 ptg... Aku pun prepare bhan2 nk buat apom ni, ammar pun nk tolong sama dan kira2 jam 4.30 ptg tu da siap bubuh yis! Haaaa... Masa utk proses FERMENTATION.... Tunggu ya 2 jam..( masuk tdo jap )

So dlm 6.30 tu sepatutnya da boleh kukus... Tapi sebab hariini terlena sampai jam 8 mlm! Huh... ( jarang2 berlaku kes nie) maka terpaksala kukus pada waktu mlm...:)



Hanya 3 yg mekar... Konfius lagi...
Resepi lama kt cni

http://cikgurai.blogspot.com/2010/12/apom-beras-mekar.html

Cuma aku ubah sikit... Masa blend nasi tue aku x blend hancur... Dgn harapan agar apom yg terhasil akan lebih padat... Dan eksperimen aku berjaya!! Haaaaa

Manipulasi variable: nature of rice ( after blend) maksudnya kehalusan nasi selepas dihancurkan
Hypothesis: Semakin halus nasi... Semakin lembut apom yg terhasil...(vice versa)

Haha... So kali ini aku x blend hancur... Dan memang dapat apom yg padat!! Sedap juga...


Dengan resepi serba 2 cawan ni berjaya menghasilkan lebihkurang 75 biji apom size sederhana...

PMR 2011 da tamat

Hari ini 12.10.2011
Aku da kembali bertugas ke Maktab
Sebelum ini dari 3 sehingga 11 oktober kena bertugas sebagai Pengawas peperiksaan PMR di Sek. Men Dato Jaafar Hassan

Cerita bab jaga exam nie... Aku dgn bangganya nk khabaq yg aku volunter nk jg PMR ni... Huhuhu, bg nama kt HEA nk jaga.. Bersemangat! Tapi bukan sebab boleh claim...Ada sebab lain... Sebabnya aku x mau jaga exam SPM!! :)

Alaaa claim berapala sangat... (Kalau elaun jaga exam PMR ni dapat la RM 75 jaga 5 hari,dan plus RM 1 utk satu sidang... So kalau exam 4 hari, pagi dan petang.. Ada 8 sidang... Jadinya RM75+RM8 dapatla RM 83... sikit jer... Kalau fikir tak puas hati memang sgt x puas hati...penat nk kena berdiri jet dari pagi sampai ptg.. da la kena tinggal kelas tingkatan 2...

Emmm Tapi alhamdulilah...sebab xyah dah jaga SPM yg akan berlangsung berbelas hari dan akan kena jaga waktu cuti sekolah bulsn november... )

Ni ada aku aku bg tgk surat lantikan jd pengawas n juga borang claim yg aku anto...( kotla nk jg exam pulak nnti ) boleh jd rujukan..








Monday, October 10, 2011

Belanjawan 2012~ turut membela warga pendidik~

Terima kasih Dato Sri Najib kerana pembentangan Bajet 2012 yang mampu membuat kami warga pendidik tersenyum

Syukur.....

Antara intipati belanjawan ~bajet 2012

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


"Saya rasa, ramai yang salah faham. Pelarasan 7-13% tu sebenarnya pelarasan kenaikan gaji tahunan dan BUKAN pelaras gaji pokok. Sekiranya saudara punya kenaikan RM90 sebelum ni, kenaikan gaji baru saudara adalah dalam RM96.30. bermaskud, anda mendapat faedah RM6.30 dari belanjawan 2012" ini aku amik ulasan dari

http://cuepacs.blogspot.com/2011/10/kenaikan-tahunan-gaji-penjawat-awam.html?showComment=1318026629797#c3394340118481289264

Sebelum ini aku dpt berita mcmni ...
kenaikan gaji tahunan

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

MANA YG BETUL PUN X PASTI ... HUHUHU...

TAPI AKU SUKA ORG NI KOMEN..ADIL RASANYA... xkan nk bg naik gaji pada kakitangan sokongan... Nanti gaji depa tu lebih tinggi dari aku! Huhuhu... Padahal kami yg cikgu2 ni belaja punyala lama... 5 tahun lpas SPM... kena duit pinjaman lg... Stress belajar lagi... Huhuhu.. So bacala komen org kt bawah nie...

"Kenaikan gaji tahunan 80 -320 tu ikut gred. semakin tinggi gred maka tinggilah kenaikannya. Oleh itu kepada rakan-rakan kakitangan awam yang masih berada di kumpulan sokongan dan ada sekurang-kurangnya SPM tu kenalah sambung belajar jangan asyik dengan SPM, STPM, Sijil Kemahiran atau Diploma saja. Ini semangat ye..motivasi-motivasi.."

"Mudah-mudahan dengan usaha gigih tuan-tuan akan dpat kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi. "

Sebagai contoh Kenaikan gaji(Guru )

1.DG29 = RM65.04
2.DG32/DG34= RM98.31
3.DG41 = RM90.45
4.DG44 = RM150.28
5.DG48 = RM203.16
6.DG52 = RM203.16

INI PERKIRAAN YG DULU RASANYA

Daripada perkiraan di atas jelaslah kumpulan sokongan kena belajar jika mahu kenaikan gaji tahunan tinggi.

TQ

Aku Ambil komen pun dari sini...

http://cuepacs.blogspot.com/2011/10/kenaikan-tahunan-gaji-penjawat-awam.html?showComment=1318026629797#c3394340118481289264

* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.


YG INI AKU X SETUJU SANGAT... huhuhu
Tak larat wooo nk ligan budak2 pada usia ini... Nk mengajar, cakap byk2 kuat2...

Dan... Aku dah pun tandatangan untuk pencen pada usia 56 tahun pada tahun 2008 duu...

Tiga Fasa Pendidikan Anak-Anak

Salam...
Alhamdulilah... Semakin aku mencari cara2 dan kaedah untuk mendidik anak-anak... Jumpa artikel ini pulak... Majalah Anis September 2012

Sebelum ini ada terbaca dlm blog... 7 fasa mendidik anak2...
Dan...
Dlm majalah anis ni pun ada berkongsi mendidik anak-anak...

"APABILA NABI SAW BERKATA: didiklah anak-anak mengikut zaman, ia bermaksud zaman anak-anak kita, bukannya zaman ibu bapa membesarkan kita dahulu,"

Dr. Tengku Asmadi menyarankan ibu bapa mendidik anak-anak mereka melalui 3 peringkat berikut:

PERINGKAT 1:
~DALAM KANDUNGAN SEHINGGA UMUR 7 TAHUN~
Ibu bapa perlulah kreatif dalam mendidik anak- anak yang seusia begini.Disebabkan mereka suka bermain..ibu bapa bolehla mendekati dan mendidik mereka dengan cara bermain bersama-sama mereka...

InsyaAllah... Ibu akan lebih kreatif... Ada masa lg utk abg ammar!! :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Petua didik anak

Didik anak

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang - Dr. Fadzilah Kamsah

Peringatan utk diriku

Pesanan Untuk Suami Isteri - Usahlah Bergaduh | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, October 9, 2011

Minggu exam akhir tahun 2011@ammar 6 thun

Minggu ni start 10 sampai 13 oktober,abg ammar ada exam akhir tahun kt. PASTI Anak exam... Aku yg kalut susah hati..:) Pulun suh ammar study.. Alhamdulilah dia nk study... Walaupun banyak jugak dalihnya...( kalau suruh buka buku jam 3... Mesti mintak delay sejam lewat...) ammar.. ammar... Ms paper bahasa arab yg jenuh ... Kamus x beli lagi... Mujur ada laman web ni...:) Belajar Bahasa Arab: Haiwan-haiwan : ا َلـْـحـَـيَوَانـَـات / حيوان٢

Location:ammar

Sunday, October 2, 2011

Surat untuk Ammar part 1

Anak permata hati...
Ammar dan Aliff...kamulah permata hati ibu.

Entry kali ini ibu nk buat khas utk anak ibu yg sulung... AMMAR BADLISYAH, oleh itu ibu akan berusaha sedaya upaya agar ibu tidak menggunakan perkataan singkatan... Ibu tau kamu dah boleh membaca... Entah2 tahun hadapan kamu boleh baca blog ibu ni.

Saat ibu menulis entry ini... Kamu dah berusia 6 tahun 4 bulan... Dan saat ini sebenarnya ibu sudah mulai pening dgn tingkahlaku.. Perangai dan emosi kamu ammar..

Terfikir juga kenapa sekarang ni kamu suka sgt menjawab apa yg ibu suruh... Byk bg alasan...kalau buat salah/silap lambat nk mintak maaf dan kdang2 tu sampai kena paksa dgn ayah suruh minta maaf dgn ibu... ( teringat kamu diusia 4-5 thun dulu, kalau ibu marah sebab kamu buat silap... Cepat2 dtg peluk ibu dan minta maaf)... DAN BARULA IBU SEDAR BAHAWA KAMU SEKARANG NI SUDAH BESAR...

Kadang2 ibu terfikir... Mungkin salah ibu ...marah kamu masa umur 4-5 tahun sangat2 hingga meninggalkan kesan di hati kamu... Dan bila kamu da besar hari ni kamu mula nk tunjuk perasaan juga kat ibu...

2 hari lepas ibu tanya ammar
"sayang ibu tak??"
Selamba je kamu jwb.. 'Sayang jugak... Ada jugak tak sayang sikit..'
"Emmm... Eh kenapa pulak"
'yela... Ibu selalu marah ammar'
Terdiam ibu seketika...terkenang kes2 lama ibu marah ammar sgt2... Tetiba waktu itu ibu rasa sedih...Rasa bersalah sangat...
"oklah.. Ibu minta maaf... Ibu janji x marah ammar"
Ibu peluk kamu... Kamu senyum jugak...
"tapi kalau ammar buat salah... Ibu kena marah jugak... Sebab nk bg ammar jadi anak yg baik"

Perasaan bersalah semakin menebal bila ibu cari maklumat kt internet , bagaimana nk tangani emosi anak... Dan ibu jumpa artikel di bawah ini
Ini adalah pesanan Rasullullah S.A.W dalam mendidik anak

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Huhuhu.... Ibu ada masa lagi insyaAllah utk praktikkan cara didikan di atas sebelum kamu berusia 7 tahun pd 30.6.2012

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:petuadidikanak, ammar