About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Sunday, October 23, 2011

PENDIDIKAN PASCA NATAL (Post-Natal) Peringkat Usia 1 hingga 2 tahun


Prakata : Kanak-kanak berusia 1-2 tahun banyak memerlukan penekanan terhadap penerapan pendidikan berbentuk kasih sayang, nasihat, tunjukajar, sentuhan dan belaian.

Kanak-kanak baru memulakan langkahnya yang pertama. Sikap berdikari (self-independence) mula ketara menyebabkan kanak-kanak akan bebas melakukan kegiatan tanpa arahan. Kanak-kanak yang cergas dan cerdas dikesan dari sifat ingin mencuba sesuatu di luar kemampuannya sehingga ada yang tidak menghiraukan keselamatannya.

Ibubapa perlu mengawasi setiap aktiviti kanak-kanak di peringkat ini dengan penuh bijaksana seperti membuka ruang ‘kebebasan beraktiviti’ tanpa unsur terlalu mengongkong. Contohnya; tidak terlalu membantu atau terlalu memanjakan mereka (over-protective) sekiranya mereka terjatuh/luka secara ‘ringan’.

Tingkah Laku – Kanak-kanak di tahap ini masih belum dapat dikawal. Mereka belum mempunyai sifat-sifat positif yang lengkap sehingga mereka mudah ‘mengamuk’ dan ‘menjerit’ (temperamental) Sesuatu perwatakan yang unik mengenai mereka ketika ini ialah menjadi ‘pengikut’ (follower) apa sahaja yang diarah malah mengulangi (echo) ayat/frasa/perkataan yang disebut oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu mengasuh anak mereka dengan kata-kata nasihat dan didikan yang lembut dan penuh kesabaran serta kesopanan (politeness) Ini boleh menyedarkan dan membentuk kanak-kanak dengan sempurna. Antaranya ialah dengan menyedarkan anak-anak mereka dengan konsep asas Islam iaitu perbuatan baik akan mendapat ganjaran dunia (jika perlu berikan upah yang sepadan seperti membeli makanan kegemarannya dll) dan akhirat dan perbuatan buruk sebaliknya.

Keyakinan - Ibu bapa perlu memupuk semangat berdikari dan menyemaikan kemahiran kerja. Kanak-kanak di usia ini biasanya rajin dan berani dalam setiap perlakuannya. Walaupun kanak-kanak ketika ini mungkin tidak mampu menuturkan bahasa dengan tepat malah kadangkala masih enggan bercakap (bukan tidak mampu) , namun keinginannya untuk berkomunikasi adalah tinggi walaupun dengan memek muka (facial expression) atau anggota lain pada tubuh badan (body language) sudah cukup untuk membayangkan perkembangan mentalitinya yang sihat.

Kerjasama - Ada di kalangan kanak-kanak IQ pintar ini yang sudah tertanam sifat membantu dan menolong. Sifat ini dikenalpasti menerusi; contohnya; mengemas tempat tidurnya sama ada menyimpan bantal atau cuba meregangkan cadar katilnya dengan bantuan ibunya atau cuba menyimpan sendiri pinggan mangkuk atau cawan/gelas yang digunakan.

Tanggungjawab- Kriteria ini mampu dikesan walaupun baru mencecah usia 2 tahun. Contohnya, beliau akan menerima dengan baik kedatangan ‘ahli baru’ dalam keluarganya. Beliau akan cuba menumpukan perhatian terhadap adiknya dengan menunjukkan sikap rajin dan bertanggungjawab termasuk ‘mengawasi keselamatan’ adiknya di atas katil.

Minat/Tumpuan Kerja- Ibu bapa digalakkan mewujudkan konsep ‘play school’ di peringkat ini.

Kanak-kanak IQ Pintar berusia 1-2 tahun belum mampu ‘menstorkan’ data / maklumat dalam tempoh jangkamasa yang panjang di dalam otaknya. Namun jika diuji pada satu-satu tempoh masa yang singkat selepas diberikan input (seperti menelaah atau ajaran langsung), mereka mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan tepat. Misalnya ia akan menghafal anggota badannya, menghafal susunan abjad / nombor (1-20), makanan dan minuman kegemaran (seperti nasi dan Milo). Perkara-perkara ini perlu dilatih semula dari masa ke semasa.

Minat dan daya ingatan mereka biasanya lebih tertumpu kepada aktiviti bebas (seperti bola mainan, membina lego dsb) dan kemahiran kerja (melukis, menulis, melihat gambar dsb.) Kanak-kanak di peringkat ini biasanya akan mampu menyelesaikan tugasannya dengan penuh kecerdasan dan kreatif walaupun secara berperingkat-peringkat atau tertangguh. Galakan dan bantuan asas ibu bapa perlu diberikan supaya kanak-kanak ini tidak mudah putus asa apabila menghadapi sebarang kesulitan semasa melaksanakan tugasannya.

Asuhan Agama - Saranan Allah SWT dan RasulNya ialah supaya kanak-kanak diasuh seawal-awalnya mengenal Allah SWT. Di sinilah ibubapa perlu menanamkan konsep bahawa segala-galanya adalah diciptakanNya dan akan kembali kepadaNya. Ini penting kerana kelak, beliau telah mendapat suatu asas yang sangat kuat dari segi Iman, Islam dan Ihsan sejak daripada kecil lagi.

Kanak-kanak di peringkat ini perlu didedahkan kepada solat dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an (belum lagi peringkat mengajarnya) Beliau akan suka mengikuti apa yang dibuat oleh ibu bapanya seperti gerakan-gerakan solat malah ‘menyuruh’ ibu bapanya solat dengan menunjukkan sejadah sebaik sahaja mendengar azan berkumandang.

Beliau juga boleh didedahkan dengan doa dan adab makan (sekurang-kurangnya mengajarkan ‘Bismillah…..dan ‘Alhamdulillah….), doa masuk tandas (sekurang-kurangnya ‘A’uudzubillah…) doa ketika masuk tidur dll.

Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak mereka dengan konsep asas Islam iaitu perbuatan baik akan mendapat ganjaran dunia dan akhirat dan perbuatan buruk sebaliknya.

Bahagian Ketiga
(Satu Kajian Kes Pengalaman Sebenar)
oleh TETTY HENNEY ZULKIFLI


No comments: