About Me

My photo
I'm “Biol”“logy” teacher at MRSM Beseri...hehehehe!..i quite garang masa ngajar..but I’m good teacher. ..tanya my students!! 17 Jun 2016 anniversary jadi cikgu ..heppy 14 years for being a good teacher! Not talk too much but..ada ramai kawan2!..I'm a “mithali” isteri to AMIZAL insyaAllah.. and a loving+caring mother to AMMAR BADLISYAH ,amp; ALIFF ISKANDAR..& ALEESYA HANA...so far, i'm just living my life with a big smile.  ! i have a lovin' husband , 2 sons & sorang anak dara comel who loves me just as much… Stay kat Kangar Perlis..walaupun I’m JOHORIAN …hubby da beli rumah for our fmly…heppi sangat.. Alhamdulilah .Thanks Abg.

Tuesday, November 1, 2011

Kaedah Kiraan Zakat Saham


Secara umumnya ada tiga jenis saham yang dimiliki dan diceburi oleh org pada hari ini.

Pertama, saham yang dilaburkan ke dalam Bursa Saham. Saham ini dijual beli sepanjang tahun. Kedua, saham yang disimpan hingga ke hujung tahun. Saham ini biasanya bersifat Saham Amanah dan penyimpan saham mendapat untung berdasarkan harga saham pada hujung tahun berkenaan.

Ketiga, saham yang dilaburkan ke dalam syarikat, yakni orang yang melaburkan saham atau pemodal itu dinamakan sebagai pemegang saham.

Disebabkan aku hanya terlibat dgn Saham yg nombor dua tu... Iaitu Saham Amanah, maka aku sertakan bagaimana nk kira zakat... Maklumlah, nk hujung tahun da nie... Nnti umumkan dividen dan bonus yg akan diperolehi...

Utk saham yg kedua,iaitu saham yang disimpan sepanjang haul/tahun, maka hendaklah diambil harga saham pada hujung haul (biasanya hujung tahun) berkenaan. Ia tidak melihat kepada harga unit terendah saham sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Contoh: Cikgu Rai membeli Saham Amanah pada 1 Januari 2011 dengan nilai RM5/Unit. Jumlah keseluruhan saham beliau adalah 10,000 unit = RM50,000.
Pada hujung tahun 2011(31 Dis. 2011), harga seunit ialah RM5.50/ Unit. Maka, zakat saham Cikgu Rai ialah,

10,000 unit X RM5.50
= 55,000 X 2.5%
=RM1,375.

Seandainya pada hujung tahun itu harga seunit saham adalah lebih rendah daripada harga belian, maka hendaklah dilihat sama ada masih berada di atas paras nisab atau tidak. Jika masih melebihi nisab, maka masih wajib dizakatkan.

Contohnya:

Harga belian 1 Jan 2011= RM5/ Unit

Harga pada 31 Dis 2011= RM4.50/ Unit

Jumlah saham =10,000 unit

Maka,
RM4.50 X 10,000 unit
=RM45,000 dan hakikatnya pemilik saham rugi, kerana semasa belian dahulu nilainya RM50,000.

Namun, oleh kerana RM45,000 itu masih di atas paras nisab, maka wajiblah ia dikeluarkan zakat,
iaitu RM45,000 X 2.5 % =RM1,125.

Huhuhu... Mcmana?? Faham x??
Senang nk kira, kalau sebelum2 ni aku bayar zakat ikut cara kiraan RM 25 untuk simpanan RM 1000
Maka kalau ada RM 50,000, kiraannya

RM50,000 / RM 1000 x RM 25= RM 1250

InsyaAllah Berkat duit kita

~ZAKAT MEMBAWA BERKAT~

1 comment:

mama tims said...

cikgu btul tu..zakat saham pon kena byrkan..saya blm beli saham...